Masih lagi tertanya.. apa yang anda betul-betul mahu dalam hidup? (.. NLP mungkin boleh membantu..)

Mudah sekali untuk kita jadi tidak produktif. Kita mungkin mempunyai perasaan ingin maju, ada matlamat tetapi atas sebab-sebab tertentu, kita tidak mencapainya. Kadang-kadang kita boleh berada dalam keadaan rasa kebimbangan, atau takut untuk membuat keputusan.  Atau kita membawa satu perasaan kecewa pada situasi yang ada sekarang, membuat rasa berat hendak melangkah.

Apa yang menjadikan ia lebih teruk, kita tidak pasti apa yang sebenarnya yang menyekat kita. Jauh di lubuk hati, kita tahu yang kita mahu ke depan. Kita percaya kita punyai potensi yang lebih besar. Cuma kadang-kadang datang perasaan buntu atau mahu “stay in comfort zone”, dan kedua-dua perasaan itu tetap membuat kita tidak kemana.

Untuk keluar dari kemelut ini, adalah penting untuk tinggikan kesedaran atau “awareness”, untuk mengetahui bagaimanakah keadaan anda sebenarnya. Disini diletakkan beberapa kes yang mungkin menyerupai apa yang anda rasa. Berita baik, Eduport gembira untuk berkongsi sesi yang boleh meleraikan isu-isu ini.

KES 1

“APAKAH YANG BETUL-BETUL ANDA MAHU ?”

Soalan yang ramai masih tak dapat menjawabnya.

Soalan ini kekadang timbul ketika baru bekerja, ketika umur 40 atau 50, ketika bisness jatuh, atau bisness boom, ketika ambil VSS, ada yang ketika dinaikkan pangkat.

Akibatnya, ada yang tidak bergerak dari sesatu tempat kerana tidak tahu kemana nak dituju.

Ada pula yang bertukar-tukar kerjaya kerana mencari jawapan.

Kadang-kadang kita tahu apa yang kita mahu, tapi kita punyai rasa ketidak-kepastian.

KES 2

  • Ramai yang hidup secara Go-With-The-Flow.

  • Ada yang melalui hidup dengan mengikut arus semasa atau rutin harian.
  • Kadang-kadang rutin harian bukan mereka sendiri yang tetapkan, tetapi tetap mereka ikut kerana mereka merasa tidak berkuasa untuk mengubah.
  • Ia juga kerana faktor sudah “familiar” dengan sesuatu perkara, walaupun tidak seronok. Mereka sangka dan  takut jika berubah, mungkin mereka akan menghadapi yang lebih teruk dari apa yang ada sekarang.
  • Walaubagaimanapun, “deep” dalam lubuk hati, terpendam rasa ketidakpuasan, rasa layak untuk dapat yang lebih bagus.

KES 3

  • Ada orang yang mahu kedepan.
  • Mereka berusaha dan bertindak.
  • Mereka mula mendaki kejayaan demi kejayaan. Mereka naik pangkat, jadi CFO contohnya.
  • Tetapi pada satu tahap, mereka “terberhenti ”. Ada sesuatu yang menahan mereka dari terus ke atas. Sesuatu yang datang dari dalam, tetapi mereka tidak sedar atau tidak dapat meneka. Mereka “stuck”.

KES 4

Ada orang melalui hidup dengan membawa beban bersama mereka.

Selepas 10 tahun, masih teringat kekasih lama, atau impak ayah yang telah meninggal.

Ada orang menyimpan rahsia terpendam.

Ada orang bertahun-tahun ada phobia dalam diri seperti phobia tempat tinggi, phobia lipas, phobia takut bawa kereta selepas kemalangan, dan pelbagai phobia lagi.

Ada orang tak dapat buang habit seperti memeriksa phone setiap minit, gigit kuku, terlebih makan atau berbelanja tidak terkawal

KES 5

  • Ada orang nak kurus, kemudian mengamalkan diet sihat, tetapi selepas beberapa bulan atau tahun, ia kembali gemuk.
  • Ada orang ada perasaan gemuruh bila nak bercakap di khalayak ramai atau dengan boss.
  • Ada orang rasa mempunyai kurang keyakinan diri.
  • Ada orang yang tidak dapat mengawal “stress”. Stress di tempat kerja, stress di rumah, stress dengan anak-anak
  • Ada orang dah pegang jawatan tinggi, atau business berjaya, tetapi di malam hari tetap rasa kegelisahan…

KES 6

Ada orang mahu tingkatkan prestasi.

  • Saya nak improve permainan tenis
  • Saya nak improve team sales organisasi saya
  • Saya nak suruh team saya lebih pandai berkomunikasi
  • Saya nak pendapatan saya bertambah ke RM25k sebulan.

Tapi sekarang tak berapa “clear” bagaimana nak mulakan.

Adakah anda rasa yang anda mempunyai salah satu kes yang sama seperti kes-kes di atas?

Anda nak jadi lebih baik ? Be better ?

Kalau anda mahu, kami sarankan anda pilih salah satu atau buat kedua-dua cadangan kami ini.

Pernah dengar NLP? (kami akan terangkan nanti).

  1. Anda boleh hadir sessi Coaching NLP (sekarang ada yang complimentary)
  2.   atau anda belajar NLP.

Apa itu NLP

Bersyukur kerana ada satu ilmu iaitu sains NLP, yang telah berkembang dan telah membawa perubahan kepada hidup beribu orang.

  • NLP adalah singkatan akronim kepada ‘Neuro Linguistik Programming’. ‘Neuro’ adalah mengenai sistem saraf dan otak iaitu neurologi. ‘Linguistic’ adalah mengenai penggunaan bahasa lisan dan bukan lisan iaitu simbol. ‘Programming’ ialah pengaturcaraan atau susunan baris minda yang kita gunakan kepada diri atau pun berkomunikasi dengan orang lain.
  • Ianya dikatakan sebagai “Software for the Brain”. Ia adalah “tool” yang boleh digunakan untuk menjalankan otak. Dengan teknik NLP, ia boleh membantu dalam merubah fikiran, tindakan dan aksi dan mampu membuat anda mencapai kejayaaan atau impian.
  • Teknik NLP juga banyak mengunakan kekuatan Minda Separuh sedar untuk mencapai sesuatu perkara.
  • NLP coaching digunakan untuk MENINGKATKAN PRESTASI, untuk membantu seseorang individu mengawal keadaan emosi mereka dan untuk tetap fokus pada apa yang mereka inginkan dari kehidupan. Ini menggabungkan strategi dan teknik NLP tertentu yang dirancang untuk menghasilkan hasil tertentu.
  • Apa yang lebih menarik NLP Coaching menyentuh dulu OTAK EMOSI sebelum otak logik. Kekadang kita tahu apa yang logik dibuat, tetapi tidak dapat melakukannya kerana kongkongan emosi. NLP akan dapat meleraikan perkara ini.
  • Teknik NLP juga seperti Meta Model akan membolehkan penyusunan maklumat yang lebih tepat dikeluarkan dari diri yang selama ini mempunyai PERASAAN TERKELIRU ATAU TERPENDAM terhadap sesuatu isu. Maklumat yang lebih tepat dan diri yang mempunyai kesedaran yang tinggi akan membuat proses membuat pelan mencapai sesuatu gol akan lebih efektif.

Yang unik dan membuat sesi coaching NLP in berharga, ialah kerana ia boleh diselitkan dengan teknik patern NLP jika perlu.

Teknik patern NLP ini boleh merungkai perkara yang selama ini sudah beberapa tahun bersarang di kepala, tapi insyaallah boleh diselesaikan dalam masa 15 minit atau lebih.

Antara patern yg sering digunakan :-

Ramai orang telah dibantu dengan menggunakan teknik NLP di banyak tempat di dunia ini.

Eduport nak membuka dan menawarkan 2 pilihan kepada anda. Anda boleh pilih salah satu atau kedua-duanya.

  1. Hadir sesi coaching NLP 
  2. Belajar sendiri NLP – sertai Mega Event NLP Basic Practitioner 2021
 

Sesi coaching NLP

Sesi coaching NLP biasanya berharga RM150 – RM1500 sejam. Tetapi pada bulan October ke Dec 2020 ini, kita akan bagi percuma pada 12 orang yang pertama yang menghubungi kami. Cuma anda kena RM20 untuk kos tempat dan minuman dan tanda yang anda serious untuk sesi ini (sesi coaching dikira complimentary). 

Ini adalah tawaran yang istimewa. Dengan era Covic-19 sekarang ini, kami berbesar hati untuk memberi peluang ramai orang untuk “experience” NLP coaching. Ia adalah sebahagian dari Corporate Service Responsibilty (CSR) kami. Limited place dan limited time only. 

Coach kami adalah

  • Certified NLP Coach
  • Certified NLP Practitioner
  • Certified HRDF Trainer

Kita akan luang masa tak lebih 45 minit untuk sesatu sesi. Hari dibuka adalah pada Isnin ke Khamis, 10am -4pm dan Sabtu 10am – 12pm. Sila tempah waktu anda dengan klik butang di bawah.

Tempat akan diadakan di Eduport Hall di kota Damansara atau di Aspen Academy di shah Alam.

Jika anda berminat untuk melonjakkan diri anda ke satu prestasi yang lebih tinggi, sambil menyelesaikan isu-isu kekeliruan, anda boleh menghubungi Eduport melalui link berikut untuk menetapkan sesi coaching.

Kalau anda memang ada kes-kes yang seperti disebut di atas, segeralah tempah sesi ini. Untuk kebaikan anda. Insyallah anda dapat menafaat. Tempat terhad. 

Klik butang dibawah ini.

Coach Eduport – Fali

  • Certified NLP Coach  – ANLP Malaysia
  • Certified NLP Practitioner – ANLP Malaysia
  • HRDF Certified Trainer
  • Fellow of ACCA

Mega Event NLP Basic Practitioner 2021

Adakah anda seorang yang sedang mencari sesuatu yang boleh mengubah seluruh kehidupan anda?

  • Memburu kejayaan diri?
  • Mengatasi cabaran diri
  • Mencari formula kejayaan diri?
  • Mahu mengenali siapa diri sendiri?
  • Berkomunikasi dengan lebih meyakinkan?

Anda dialu-alukan untuk menyertai program ini. Amat berbaloi dengan harga dan nilai yang anda akan dapat. Ia mungkin pelaburan yang paling berharga yang anda keluarkan dalam hidup anda. Ia mungkin membuatkan anda dapat apa yang anda idamkan selama ini…

Anda akan faham sendiri NLP dan boleh gunakan untuk diri, kenali potensi diri, berkembang sambil membantu orang lain. Boleh guna untuk bisnes, komunikasi, belajar, mendidik dan macam-macam lagi.

Klik butang ini. 

Leave a Reply