HIDUP BER-GOL. Salah satu nikmat dunia

Salah satu nikmat terbesar yang ada pada manusia ialah bila dia mempunyai gol atau impian tertentu, dari sekecil2 gol kepada sebesar gol. Pernahkah anda merasa mengidam nak makan nasi lemak tertentu untuk sarapan besok hari dan anda masukkan sebagai gol anda untuk esok. Apa perasaan anda ketika itu? Perasan semasa letakkan sebagai target untuk esok? Belum makan lagi. Tapi dah rasa seronok. Adakah anda rasa bersemangat untuk bangun besok hari? Saya pasti kebanyakan manusia mempunyai pengalaman begitu. Itulah nikmat.

 

Apakah “description” pada  orang yang kata mengalami perasaan tak ada “mood” ? Selalunya mereka akan berkata tak mahu apa2. Adakah tak ada “mood” ini seronok? Semestinya tidak, bahkan menyedihkan. Oleh itu ada kesan yang tidak seronok bila keadaan tidak mahu apa2 berbanding dengan adanya gol.

Bila ada gol yang memang diidam-idamkan, biasanya orang akan
-Bersemangat
-Rasa bertenaga
-Rasa tak mahu rugi masa
-Lebih berfokus
-Tiba2 nampak jalan nak buat apa
-Kadang2 tersenyum gembira bila terbayang tercapai gol itu.

Persoalan: sudahkah anda menulis gol anda untuk tahun ini? Apakah impian anda untuk tahun ini? Menurut statistik hanya 14% orang buat gol, bermakna 86% tak endah apa yang nak dicapai dan melalui hidup secara rutin atau “go with the flow”. Dan fakta statistik lagi, 68% orang yang buat azam awal tahun baru, akan lupa gol mereka ketika bulan februari. Dan yang lebih terperanjat, hanya 3% sahaja dari mereka yang ada azam atau gol menulis gol mereka dan merujuk kembali setiap masa. Mereka inilah biasanya menjadi orang-orang yang berjaya luarbiasa berbanding rakan-rakan mereka.

Bagaimana dengan anda? Ada yang berkata… “entahlah… saya tak tahu saya nak apa? …hmm” . Adakah anda salah seorang dari mereka? Jangan risau. Perkara ini boleh diatasi. Boleh belajar dan perlu berlatih. Kami di Eduport gembira untuk berkongsi ilmu. Di Eduport ada  program FITMEN yang nak mengajak individu menjadi seorang yang “FOCUS”  ( Fokus pada gol),  “FIT” ( perkasa) dan “FINANCIAL LITERATE”  (pandai ilmu kewangan).

Untuk fokus pada gol, sebagai permulaan, kami galakkan 5 perkara yang anda boleh letak sebagai gol anda. Buat dahulu. Letak dahulu. Nanti kita boleh belajar lagi.

NYATAKAN SATU DARI SETIAP KATEGORI YANG MANA ANDA RASA AKAN MEMBERI ANDA PALING KUAT IMPAK, MENYEMANGATKAN DAN MENGGEMBIRAKAN ANDA.
Apa yang anda nak dari segi
1. Health / Kesihatan.
Contoh.Berapa kg berat turun
Nak habit makan malam awal
Nak mula berlari 3x seminggu

2. Wealth / career/ kewangan
Contoh
Ada tambahan pendapatan sebanyak xxx sebulan
Nak kurangkan hutang sebanyak xxx
Nak ada simpanan sebanyak xxx

3 Self development / skill baru
Contoh
Belajar “skill video marketing” Nak cakap English lancar
Boleh baca AQ bertajwid
Boleh “Public Speaking”

4. Lifestyle /gaya hidup
Contoh
Masuk Iron man Ada telefon baru Ada kereta baru
bercuti ke London

5. Others ../lain lain.
Contoh
Nak bawa ibu ke Langkawi naik kapal terbang sebab dia selalu sebut sebut
Bagi anak sertai kelas English For Kids

. Ini adalah contoh- contoh. Bersedia? Gol anda mestilah “specific’, boleh diukur dan ber “timeline’

Selepas ini kami ingin mengajak anda untuk menghadiri workshop “VISI HIDUP BERMAKNA: GOAL SETTING : HACK MINDA ANDA.”.

Anda akan belajar bagaimana membuat gol yang “power” dan belajar macamana nak hack minda agar anda bergerak mencapai gol anda.

Stay Tune ! Tunggu program kami.

Terima kasih membaca setakat ini.

Leave a Reply